Isnin, 16 September 2013

Cara-Cara Untuk Menulis Karangan

 KARANGAN AUTOBIOGRAFI
1)      Merupakan karangan tentang benda yang dianggap bernyawa dan berperasaan.
2)      Penulis perlu mengadaikan dirinya sesuatu benda atau haiwan.
3)      Pastikan anda tahu asl usul, pertumbuhan, dan perkembangannya.
4)      Cerita hendaklah logik dan munasabah.

KARANGAN KEPERIHALAN
1)      Satu benuk penulisan yang menceritakan semula peristiwa yang pernah anda dengar , lihat, alami, dan rasakan.
2)      Anda harus mempunyai pengetahuan dan pengalaman berkaitan tajuk.
3)      Selitkan unsur-unsur pengajaran
4)      Anda digalakkan menggunakan ungkapan atau peribahasa yang sesuai

KARANGAN CEREKA / GAMBARAN
1)      Merupakan karangan bentuk cerita / peristiwa.
2)      Meliputi cerita imaginasi, cerita pendek atau cerita lucu.
3)      Cerita hendaklah dimulakan dengan pengenalan, perkembangan, kemuncak, dan peleraian.
4)      Cerita hendaklah logic dan munasabah.

 KARANGAN DIALOG / TEMURAMAH
1)      Merupakan catatan perbualan yang melibatkan dua pihak atau lebih tentang sesuatu perkara.
2)      Perbualan berkisar kepada perbualan biasa. Menerusi telefon atau perbincanngan bersama rakan-rakan.
3)      Temuramah atau wawancara lebih kepada perbualan rasmi. Pihak yang ditemuramah terdiri daripada oaring yang mahir atau pakar dalam sesuatu bidang.
4)      Gunakan kata gelaran yang sopan dan bersesuaian.

KARANGAN CATATAN
1)      Karangan catatan juga dikenali sebagai karangan jenis diari.
2)      Anda perlu mencatatkan kejadian atau peristiwa yang berlaku.
3)      Catatkan peristiwa dengan masa, tarikh, hari,dan tahun.
       *jika catatan harian masa perlu ditulis.
       *jika catatan mingguan  dan bulanan masa tidak perlu ditulis.
4)      Setiap peristiwa atau kejadian haruslah ditulis mengikut waktu demi waktu.

KARANGAN UCAPAN/ SYARAHAN/ CERAMAH
1)      Karangan ini ditulis untuk disampaikan dalam sesuatu majlis tertentu seperti majlis perasmian, perpisahan, majlis keramaian, dan sebagainya.
2)      Tujuannya adalah untuk memberikan penerangan, nasihat, pengetahuan, peringatan, dan peransang.


KARANGAN LAPORAN
1)      Melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku
2)      Antara laporan yang dibuat ialah kegiatan persatuan, lawatan, upacara, mesyuarat dan sebagainya
3)      Andaikan diri anda sebagai pengerusi, bendahari atau anggota jawatankuasa persatuan.
4)      Butiran mestilah tersusun.
5)      Perkara yang perlu diamalkan ialah:
a.      Tajuk laporan
b.      Kandungan laporan
c.       Pengakuan pelapor

6)      Fikirkan persoalan-persoalan seperti apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa.

Ahad, 15 September 2013

Format Kiriman Tidak Rasmi

FORMAT PENULISAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


A-……………………………………………..
……………………………………………..
……………………………………………..
B-……………………………………………..


C-………………………………………………………………………………………………………………………

D-………………………………………………………………………………………………………………………

E-…………………………………………………………………………………………………………………………
    ……………………………………………………………………………………………………………………….
    …………………………………………………………………………………………………………………………

F-……………………………………………………………………………………………………………………….
    …………………………………………………………………………………………………………………………


G-…………………………………………
H-…………………………………………


KETERANGAN FORMAT PENULISAN SURAT TIDAK RASMI
 A.       Alamat pengirim
B.        Tarikh
C.        Pembuka kata
D.        Kata ganti nama diri penerima
E.         Isi – isi
F.         Penutup
G.        Pengakuan pengirim
H.        Tandatangan pengirim
 









Autobiografi - "Aku Sebuah Telefon Bimbit"


AKU SEBUAH TELEFON BIMBIT
         
Aku sebuah telefon bimbit.Aku sangat berguna kepada orang ramai. Aku dilahirkan pada zaman yang serba maju.
           
            Aku dilahirkan di sebuah kilang yang besar. Kilang itu bernama kilang Samsung yang terletak di Korea.
 
          Aku diperbuat daripada bahan-bahan elektronik. Saiz badanku kecil, ringan,dan senang dibawa. Rupaku dan keupayaanku sentiasa berubah-ubah megikut peredaran zaman. Oleh itu, aku merupakan telefon bimbit yang sangat canggih.
 
          Aku dijual olah orang ramai dengan harga RM 999.00. harga itu memang agak mahal. Aku telah dipamerkan di pusat membeli belah Angsana.
 
          Pada suatu hari, anak telah dibeli oleh seorang pemuda yang bernama Azad, aku digunakan oleh tuanku untuk memudahkan tuanku untuk berhubung dengan orang lain. Aku menjadi kebanggaan tuanku.
 
          Pada suatu hari, seekor kucing iaitu haiwan peliharaan tuanku telah memijak badanku sehingga pecah. Pada keesokan harinya, apabila tuanku ingin menggunakanku, alangkah terkejutnya tuanku apabila melihatku. Dia membuat keputusan untuk membuangku sahaja. Tamatlah riwayatku sebagai telefon bimbit.

Sabtu, 14 September 2013

Autobiografi - "Aku sebuah Mesin Basuh"

 "AKU SEBUAH MESIN BASUH"

                      Aku sebuah mesin basuh automatik. Aku sangat berguna kepada semua suri rumah tangga yang berada di dunia ini.

                      Aku dilahirkan di sebuah kilang yang sangat besar. Kilang itu bernama kilang Elektronik Toshiba yang terletah di Shah Alam.

                       Aku diperbuat daripada bahan - bahan seperti plastik dan alat - alat elektronik. Saiz badanku besar dan berat. Badan aku dilengkapi dengan penutup, tempat meletak sabun pencuci, dan butang - butang arahan . Oleh itu, aku merupakan mesin basuh yang sangat canggih

                        Aku dijual oleh orang ramai dengan harga RM 1500. Harga itu agak mahal.Aku telah dipamerkan di sebuah kedai bernama kedai wawasan.

                        Pada suatu hari, aku telah dineli oleh seorang wanita, bernama Puan Aisyah. Aku digunakan oleh tuanku untuk membasuh pakaian ahli keluarganya. Aku digunakannya setip hari. Tuanku menggunakanku dengan sangat cermat.

                         Aku berasa sangat gembira kerana dilahirkan sebagai sebuah mesin basuh. 

Autobiografi - "Aku Sebuah Bakul Sampah"


                                            " AKU SEBUAH BAKUL SAMPAH "

              Aku sebuah bakul sampah. Aku diperbuat daripada plastik. Aku dilahirkan di sebuah kilang Seremban. Setelah siap diproses, aku bersama rakan-rakanku dihantar ke sebuah pasar raya.

              Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang perempuan bernama Alia. Aku telah dibawa pulang kerumahnya. Apabila sampai di rumahnya, dia meletakkan aku dibawah sebuah meja. Badanku disarung dengan beg plastik yang bersih. Setiap hari, aku dipenuhi sampah.

              Pada suatu malam, ketika tuanku sedang tidur, tiba - tiba adiknya datang lalu mengambilku. Aku dipukul sehinggalah badanku pecah. Badanku terasa amat sakit akibat pukulan tersebut.

              Keesokan harinya, tuanku ingin membuang sampah ke dalam badanku tetapi dia terkejut apabila melihat badanku yang becah. Akhirnya, tuanku membuat keputusan untuk membuangku. Aku berasa sangat sedih.

               Pada sebelah petang, datang seorang lelaki tua lalu mengambilku untuk dibawa pulang ke rumahnya. Aku dibaiki dan digunakan semula oleh tuan baharuku. Aku berasa sangat gembira kerana dapat tuan yang sangat baik hati.