Sabtu, 14 September 2013

Autobiografi - "Aku Sebuah Bakul Sampah"


                                            " AKU SEBUAH BAKUL SAMPAH "

              Aku sebuah bakul sampah. Aku diperbuat daripada plastik. Aku dilahirkan di sebuah kilang Seremban. Setelah siap diproses, aku bersama rakan-rakanku dihantar ke sebuah pasar raya.

              Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang perempuan bernama Alia. Aku telah dibawa pulang kerumahnya. Apabila sampai di rumahnya, dia meletakkan aku dibawah sebuah meja. Badanku disarung dengan beg plastik yang bersih. Setiap hari, aku dipenuhi sampah.

              Pada suatu malam, ketika tuanku sedang tidur, tiba - tiba adiknya datang lalu mengambilku. Aku dipukul sehinggalah badanku pecah. Badanku terasa amat sakit akibat pukulan tersebut.

              Keesokan harinya, tuanku ingin membuang sampah ke dalam badanku tetapi dia terkejut apabila melihat badanku yang becah. Akhirnya, tuanku membuat keputusan untuk membuangku. Aku berasa sangat sedih.

               Pada sebelah petang, datang seorang lelaki tua lalu mengambilku untuk dibawa pulang ke rumahnya. Aku dibaiki dan digunakan semula oleh tuan baharuku. Aku berasa sangat gembira kerana dapat tuan yang sangat baik hati.

             

6 ulasan: